Search
Close this search box.
Sebanyak 13 buah bas ekspres dilarang berada di jalan raya selepas didapati tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Foto hiasan, Envato.

13 bas ekspres dilarang berada di jalan raya, empat pemandu positif dadah – JPJ

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sebanyak 13 buah bas ekspres dilarang berada di jalan raya selepas didapati tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata tindakan tersebut diambil menerusi pemeriksaan Ops Khas Terminal sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Katanya, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 2,801 buah bas di 28 terminal di seluruh negara sejak 1 Feb lepas hingga hari ini.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan bas yang akan digunakan mampu beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah, katanya dalam sidang media Ops Khas Terminal, di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, semalam.s

“Dalam operasi ini, sebanyak 44 buah bas telah diambil tindakan dengan 13 daripadanya tidak dibenarkan berada di atas jalan raya kerana tahap keselamatan sangat rendah serta tidak mencapai standard keselamatan yang ditetapkan.

“JPJ juga menjalankan ujian saringan urin terhadap 187 pemandu bas dan daripada jumlah itu empat pemandu didapati menggunakan barang terlarang. Kes telah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Selain itu, katanya, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan teknikal terhadap tayar, sistem brek dan peralatan keselamatan bas-bas berkenaan bagi memastikan kelancaran perjalanan selain penumpang mendapat perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat serta selesa ke destinasi yang dituju.

“Pemeriksaan buku log juga dibuat untuk memantau pergerakan kenderaan terbabit berada dengan sempurna,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan supaya melaporkan aduan secara terus atau masa nyata (real-time) dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan