Search
Close this search box.
Syarikat teknologi, Evolving Brilliance Technologies Sdn Bhd (EB Tech) dan MSQ Engineering and Solutions (Thailand) Pvt Ltd, bersama dengan rakan sejawat mereka dari Malaysia, MSQ Engineering and Solutions Sdn Bhd telah menandatangi perjanjian usahasama pada 2 Februari di Hatyai, Thailand. Foto: EB Tech

Syarikat pemula Sarawak, EB Tech jalin kerjasama perdagangan kredit karbon dengan syarikat Thailand

ByNina Azman

KUCHING, 7 Feb: Syarikat pemula teknologi Sarawak, Evolving Brilliance Technologies Sdn Bhd (EB Tech) menandatangani perjanjian usaha sama dengan MSQ Engineering and Solutions (Thailand) Pvt Ltd dan beberapa syarikat dari Malaysia dalam sektor teknologi mampan.

Pengarah EB Tech, Ashweein Narayanan berkata, perjanjian berkenaan menandakan bermulanya hubungan kerja selama tiga tahun yang tertumpu pada projek pengurusan dan perdagangan kredit karbon (CCMT) di Thailand.

Kata beliau, EB Tech dan MSQ Engineering and Solutions juga bersedia untuk menggabungkan kepakaran teknologi mereka untuk memacu inovasi dalam pasaran kredit karbon yang sedang berkembang.

“Projek ini sejajar dengan komitmen Thailand terhadap pembangunan mampan dan mengurangkan pelepasan karbon,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Majlis berlangsung di Universiti Prince of Songkla di Hat Yai, Thailand pada 2 Februari lepas sempena penganjuran Ekspo Inovasi dan Teknologi Selatan 2024.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Senator Dr Wareerat Sirithansakul dari Dewan Perwakilan Thailand.

EB Tech diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moses Lenjau Vinsien manakala MSQ Engineering and Solutions diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rehanfairuz Mohd Jamil.

Sementara itu, Moses Lenjau berkata, syarikatnya dijangka akan bekerjasama dengan MSQ dan PSU bagi meneroka potensi penuh pengurusan kredit karbon di Thailand.

“(Seterusnya akan) menyumbang kepada matlamat tindakan perubahan iklim negara serta pada masa yang sama mencipta peluang untuk ekonomi hijau Sarawak,” katanya

Mengulas lanjut, Moses berkata, kerjasama itu bukan sahaja akan menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan kepada Thailand dan Malaysia malah turut membuka laluan baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan di Sarawak.

EB Tech merupakan salah satu pemenang Shell LiveWIRE Malaysia 2023 yang menerima geran daripada Shell Malaysia, Tabung Ekonomi Gagasan Sarawak (Tegas) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan