Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan cenderahati dan surat penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang SK Nanga Gayau hari ini. Foto, TVS.

Pupuk minat pelajar Sarawak terhadap subjek Sains, Matematik – Douglas Uggah

BETONG, 7 Feb: Para guru dan ibu bapa terutamanya di kawasan luar bandar disaran supaya menyemai minat murid terhadap subjek Sains dan Matematik.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana keupayaan menguasai bidang itu membolehkan mereka mempunyai jaminan kerjaya pada masa hadapan.

Dalam aspek ini kata beliau, dua subjek itu menjadi keperluan penting memandangkan wilayah ini memerlukan ramai graduan berkelayakan.

“Ini kerana tumpuan yang diberikan kepada ekonomi baharu di bawah pentadbiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“(Ini termasuklah) ekonomi hidrogen, ekonomi hijau dan lain-lain, Sarawak juga sedang meneroka dalam bidang pengeluaran minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roselind Mapong Sabai dan Pegawai Daerah Betong, Alfred Geling Ason.

Pada majlis itu, Douglas Uggah turut mengumumkan geran berjumlah RM40,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Nanga Gayau. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan