Search
Close this search box.
Polis mengedarkan foto suspek yang diburu bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang gadis di Lorong Lagenda, Hutan Melintang dekat sini baru-baru ini. Foto, PDRM Perak.

Polis buru suspek cabul pekerja pusat kecantikan

IPOH, 7 Feb: Polis memburu seorang lelaki disyaki suspek dalam kes mencabul seorang pekerja pusat kecantikan di Lorong Lagenda, Hutan Melintang dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa perempuan berumur 22 tahun kira-kira pukul 1.30 petang pada 13 Januari lalu berhubung kejadian itu.

Katanya, mangsa mendakwa badannya diraba dan dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa mahu membuka pintu premis berkenaan.

“Lelaki itu kemudiannya terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati, kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam wajah suspek, namun sehingga kini dia gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, polis meminta orang ramai yang terlihat atau mengenali suspek untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Shahzawani di talian 05-629 9222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan