Search
Close this search box.
Gandingan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri merupakan antara atlet yang dilahirkan menerusi pentas SUKMA. Foto fail Bernama.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7  Feb: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam ini.

Ia selepas gandingan itu gagal menampilkan prestasi terbaik mereka untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan di final acara berkenaan yang berlansung di Pusat Akuatik Hamad.

Tempat pertama menjadi milik pasangan China, Chen Yuxi-Quan Hingchan yang mengumpul kesewluruhan 362.22 mata keseluruhan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disambar pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) dan gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).

Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Kelmarin, Pandalela yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10m platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal invidu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan