Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata melancarkan Op Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS.

Op Selamat: PDRM beri tumpuan laluan darat dan sungai di Sarawak

KUCHING, 7 Feb: Operasi Selamat 21 sempena Tahun Baru Cina yang dilancarkan pada 7 Februari 2024 beri tumpuan di laluan darat dan sungai.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata ia bertujuan memastikan keselamatan orang ramai semasa dalam perjalanan menggunakan laluan lalu lintas di jalan raya dan kawasan sungai.

OP Selamat 21 beri tumpuan laluan darat dan sungai | TVS

Pihaknya akan memberi tumpuan terhadap kawasan kerap kemalangan.

Manakala bagi kawasan perairan, polis marin akan digerakkan untuk melakukan pemantauan terutama di daerah yang menggunakan pengangkutan air seperti daerah Sibu, Kapit dan Belaga.

“Tumpuan Ops Selamat 21 sempena perayaan Tahun baru Cina 2024 adalah di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran. Di samping itu, kawasan perairan juga akan diberi tumpuan dengan menggerakkan polis marin untuk memantau pergerakkan di perairan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Program Advokasi, Pemantauan dan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Majlis Pelancaran Ops Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Sementara itu, sebanyak 21,418 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan berlaku sepanjang Januari hingga Disember 2023.

Mancha berkata ia merupakan peningkatan 1,911 daripada 19,507 kes pada 2022.

Menurutnya, salah satu faktor berlaku kemalangan berpunca dari sikap pemandu atau pengguna jalan raya.

Untuk rekod, kemalangan maut pada 2023 turut merekodkan peningkatan 34 kes iaitu 378 kes berbanding 344 kes pada 2022.

Manakala kemalangan pada musim perayaan Tahun Baru Cina pada 2023 merekodkan 539 kes berbandang 423 kes pada 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan