Search
Close this search box.
Perhimpunan pasukan pengawal keselamatan yang dikerah pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia tahun ini. Foto, David Andreas (TVS).

Lebih 261,000 anggota keselamatan kawal pilihan raya Indonesia 2024

JAKARTA, 7 Feb: Lebih 261,695 orang anggota pasukan keselamatan akan bertugas sepanjang proses Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) pada 14 Februari ini.

Penugasan dinamakan Operasi Mantap Brata bertujuan memastikan kelancaran proses pilihan raya di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia ini.

Ketua Operasi, Pesuruhajaya Polis Fadil Imran berkata, kesemua mereka akan bertugas pada hari pengundian, waktu pengiraan undi sehingga selesai pelantikan presiden dan naib presiden pada Oktober depan.

“Jumlah pasukan besar yang akan dikerahkan ini sudah tentu bertujuan mewujudkan pilihan raya yang aman dan terkawal,” katanya semasa perhimpunan pasukan di Pusat Latihan Brimob, Cikeas, Jawa Barat hari ini.

Fadil turut memaklumkan, anggota pasukan keselamatan dibahagikan kepada beberapa unit termasuk pasukan anti rusuhan, pasukan mencari dan menyelamat, tentera dron, pasukan tindak balas pantas, dan pemusnah bom.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia sebelum ini memaklumkan, lebih 200 juta pengundi termasuk warga Indonesia yang menetap di luar negara didaftarkan PEMILU 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan