Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Antarabangsa FAME dan Ibraco Berhad untuk pembangunan Kampus baharu di Kuching pada Selasa. Foto TVS.

Sektor pendidikan juga tarik ramai pelabur ke Sarawak – Michael

KUCHING, 6 Feb: Sektor pendidikan diyakini berpotensi membawa lebih ramai pelabur ke negeri ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

“Ia pasti membawa banyak impak bukan sahaja kepada pendidikan tetapi juga ekonomi tempatan serta berpotensi membawa lebih ramai orang datang ke kuching untuk melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Antarabangsa FAME dan Ibraco Berhad untuk pembangunan kampus baharu di Kuching pada Selasa.

Dalam pada itu, Michael menyifatkan kerjasama dua pihak berkenaan akan memberi impak positif terhadap sektor pendidikan di negeri ini.

Menurutnya, kerjasama terbabit akan menyediakan satu sistem latihan dan pendidikan yang bertaraf dunia bagi melahirkan anak Sarawak yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran tinggi.

Michael menambah inisiatif sedemikian juga akan menyediakan tenaga kerja mahir dalam usaha Sarawak mencapai misi status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan