Search
Close this search box.
Penunggang dan pembonceng ditahan polis selepas video memaparkan tindakan mengganggu penunggang lain di Jambatan Pulau Pinang dekat sini tular di media sosial hari ini. Foto FB Faizul Jojoe

Pasangan ganggu, bahayakan penunggang di Jambatan Pulau Pinang dicekup polis

BUKIT MERTAJAM, 6 Feb: Polis memberkas penunggang dan pembonceng sebuah motosikal yang didakwa mengganggu penunggang lain di Jambatan Pulau Pinang arah Seberang Perai dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata, pihaknya sebelum itu mengesan satu video yang tular di media sosial kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi memaparkan tindakan pasangan berkenaan yang menakutkan beberapa penunggang.

@tvsarawak

Pasangan suami isteri yang dipercayai mengganggu penunggang lain di Jambatan Pulau Pinang ditahan polis semalam, 6 Feb. 🎥 Facebook 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TrendingNewsMalaysia BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Katanya, video yang dimuat naik di akaun Facebook Faizul Jojoe itu memaparkan pembonceng wanita membaling sesuatu objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikalnya.

“Bertindaka atas maklumat itu, polis menahan suspek lelaki berusia 50-an yang merupakan penunggang dan pembonceng wanita 30-an di George Town.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah pada 2021 dan 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kedua-dua suspek akan direman esok bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-538 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan