Search
Close this search box.
Dr. Ismail Drahman semasa di Program Jalinan Kasih PUSPEN Kuching dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Kuching Bersama Rakan Strategik di Hotel Serapi pada Selasa. Foto TVS

Orang ramai diseru sokong warga PUSPEN Kuching kembali dalam masyarakat

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 6 Feb: Orang ramai diseru agar menyokong warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching agar usaha usaha mereka semakin diterima baik dalam masyarakat.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN, Dr. Ismail Drahman berkata usaha murni itu akan membantu anak bangsa iaitu Klien PUSPEN Kuching di sini.

“Marilah kita bersama-sama untuk terus menabur bakti bagi membantu anak bangsa, dalam mencapai pemulihan yang disasarkan dan dapat mengekalkannya, seterusnya dapat berfungsi dengan baik dalam masyarakat yang semakin kompetitif ini,” katanya.

Ismail berkata demikian pada Program Jalinan Kasih PUSPEN Kuching dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Kuching Bersama Rakan Strategik di Hotel Serapi pada Selasa.

Dalam pada itu, Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada 27 pegawai yang terdiri daripada pelbagai gred yang telah membantu klien PUSPEN untuk kembali ke masyarakat.

“Pihak ALP ingin merakamkan jutaan terima kasih atas usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan sepanjang membantu PUSPEN Kuching.

Di kesempatan ini juga, kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Pengarah PUSPEN Puan Yuliani Yahya dan semua staf PUSPEN Kuching.” uajrnya.

Program Jalinan Kasih PUSPEN Kuching dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) PUSPEN Kuching Bersama Rakan Strategik merupakan majlis untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam aktiviti PUSPEN.

Turut hadir, Pengarah PUSPEN Puan Yuliani Yahya, Akademi Binaan Malaysia, Sarawak, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Baitulmal Serian, serta AADK Negeri Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan