Search
Close this search box.
Lima kes simbah cat kereta dan rumah berkaitan Ah long selesai dengan tertangkapnya lapan suspek sejak awal Januari 2024 di Kuching. Foto PDRM

Lima kes simbah cat selesai, lapan suspek diberkas

KUCHING, 6 Feb: Lima kes simbah cat kereta dan rumah berkaitan pemberi pinjam wang atau ‘Ah long’ selesai dengan tertangkapnya lapan suspek sejak awal Januari 2024 di daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek yang terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan, berumur 19 hingga 47 tahun itu disyaki terbabit dengan gangguan ke atas peminjam wang.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek (polis) telah berjaya menyelesaikan lima kes yang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Turut dirampas, sebuah kereta, dua telefon bimbit, dua tong cat dan dua pisau.

Dua daripada suspek didapati positif dadah jenis amfetamin dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan dan kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Polis amat mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berkaitan dengan sebarang aktiviti kelakuan jenayah, sebarang maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan