Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sidang media selepas merasmikan Kilang IBS di bangunan LCDA CTR Technology di Kuching, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

LCDA dan CTR Technology disaran bina kilang sistem binaan berindustri di zon tengah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan CTR Technology Sdn Bhd membina kilang sistem binaan berindustri (IBS) di zon tengah Sarawak.

Katanya, kewujudan kilang itu mampu memudahkan urusan pembinaan rumah mampu milik serta bangunan komersial bagi kegunaan zon tengah dan utara Sarawak.

LCDA disaran bina kilang IBS di zon tengah Sarawak | TVS

“Sekiranya kilang IBS di Kuching ingin menghantar logistiknya, agak jauh. Tambahan pula, kita ingin mengusahakan kawasan DUN Jepak dengan menyediakan kawasan perumahan serta pelbagai pembangunan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Kilang Industrialised Building System (IBS) di bangunan LCDA CTR Technology Sdn Bhd di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Abang Johari meminta pihak LCDA membuat satu kajian kebolehlaksanaan untuk membina satu lagi kilang IBS di kawasan zon tengah Sarawak.

“Mungkin pihak LCDA boleh membuat satu lagi kawasan di Bintulu atau Sibu memandangkan di Lawas bakal mempunyai kapal terbang dan barangan pembinaan IBS amat diperlukan.

“Kerajaan juga bakal melaksanakan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di beberapa kawasan seperti Tambirat di Asajaya, Kabong, Matu, Sibu, Miri dan Kapit,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan