Search
Close this search box.
Mayat dibawa pihak polis dari hotel kejadian Foto IPD Miri

Kru kapal meninggal dunia dalam bilik hotel di Miri

MIRI, 6 Feb: Seorang kru kapal disahkan meninggal dunia di sebuah bilik hotel di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner, Alexson Naga Chabu mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian isekitar 2.15 petang semalam.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan khianat. Si mati berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai Kru Kapal menginap di Hotel Miri bersama dengan 4 orang lagi rakan setugas.

“Pegawai Perubatan dari Hospital Miri telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal di tempat kejadian. Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Susulant kejadian, Alexson memberitahu satu Kertas Siasatan Mati Mengejut (SDR) telah dibuka bagi mengenal pasti punca kematian lelaki tempatan berusia sekitar 50-an itu.

Alexson dalam pada itu menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan