Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada majis perasmian Kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) di bangunan LCDA CTR Technology Sdn Bhd di Kuching, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Kilang Sistem Binaan Berindustri berupaya menghasilkan 600 rumah setahun

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Feb: Seiring dengan usaha kerajaan Sarawak dalam menyediakan rumah mampu milik mencukupi untuk rakyat, Kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dirasmikan hari ini berupaya menghasilkan 600 unit rumah setahun.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kilang IBS terbabit dibangunkan secara kerjasama antara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan CTR Technology Sdn Bhd.

Tegasnya, IBS menjadi pilihan berbanding kaedah konvensional kerana tempoh penyiapan sesuatu bangunan yang lebih singkat, kualiti konsisten dan mengurangkan penghasilan sisa binaan.

“IBS juga mengoptimumkan penggunaan bahan binaan, menyokong garis panduan kerajaan dalam mensasarkan pencapaian minimum 70 peratus penggunaan IBS dalam kontrak kerajaan.

“Malah ia meningkatkan aspek keselamatan dan kebersihan di tapak binaan, mengurangkan impak cuaca yang menghalang kerja-kerja pembinaan dan mewujudkan peluang kerja berkepakaran tinggi dengan gaji yang lumayan, ” katanya.

Beliau berucap semasa majlis perasmian Kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) di bangunan LCDA CTR Technology Sdn Bhd yang disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya, kilang ini akan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada graduan-graduan tempatan dalam bidang IBS dan dalam masa yang sama dapat mengekang pengaliran keluar tenaga mahir.

“Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan dengan pekerja-pekerja luar negara yang diperlukan dalam sektor IBS,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu bahawa kilang IBS itu mempunyai rancangan meluaskan pengeluarannya dan bertujuan mengeksport produk IBS ke Sabah, Kalimantan, Brunei, dan Semenanjung Malaysia pada masa hadapan.

Pembinaan Kilang IBS ini bermula pada Ogos 2021 dan berjaya disiapkan pada Mei 2023.

Operasi kilang bermula pada September 2023 dengan tumpuan pada pengeluaran komponen pembinaan penting seperti plat, dinding, bim, tangga dan tiang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan