Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengesahkan enam kes baharu gigitan anjing yang dipercayai dijangkiti rabies di sini. Foto hiasan, Envato.

Enam mangsa digigit anjing di Kuching – MBKS

ByOdleen Catherny

KUCHING, 6 Feb: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengesahkan enam kes baharu gigitan anjing yang dipercayai dijangkiti rabies di sini.

Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng berkata, empat mangsa digigit di sekitar Bank Simpanan Nasional (BSN) Tabuan Jaya hari ini.

Rabies ragut tiga lagi nyawa sepanjang Januari

“Semalam, dua individu digigit di Jalan Chawan.

“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati – hati,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada bulan lepas, sebanyak tiga kematian dilaporkan di Sarawak akibat rabies.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, dua kematian direkodkan di Kuching dan satu kes di Bintulu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan