Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus menerima cenderamata dari Ketua Balai BBP Lutong, Henry Jugah. Foto TVS

EKSA dorong pembaharuan, penambahbaikan sektor awam – Rosey

MIRI, 6 Feb: Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mendorong elemen pembaharuan dan penambahbaikan kepada agensi sektor awam, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Menurut Rosey, EKSA yang dijenamakan semula daripada amalan 5S disifatkan seiring dengan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi selain menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif.

“Seperti yang kita tahu, ianya adalah usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan memberi peluang serta ruang untuk staf kita mempertingkatkan potensi menjadi kreatif dalam menaiktaraf agensi kita. Jadi kita tidak hanya melaksanakan tugas rutin saja.

“Ini juga untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Siji Pendaftaran Musolla Al-Azhar Dan Perasmian Sudut EKSA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong pada Selasa.

Rosey menambah perkara tersebut juga selaras keperluan pematuhan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) dengan mengambil kira keperluan mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya relevan kepada jabatan dan agensi.

Beliau dalam pada itu berharap usaha BBP Lutong mewujudkan amalan EKSA di agensi mereka akan dapat menjadi contoh kepada balai-balai bomba lain di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan