Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengadakan lawatan ke Tapak Depoh ART di Kampung Rembus. Foto TVS

Depoh ART di Kampung Rembus siap suku keempat 2025 – Lee

KOTA SAMARAHAN, 6 Feb: Projek pembinaan Depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Kampung Rembus di sini dijangka siap pada suku keempat tahun 2025.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pihaknya kini giat memantau kemajuan projek pembinaan Depoh Transit Aliran Autonomi (ART) di Kampung Rembus bagi memastikan fasaliti berkenaan siap mengikut jadual yang ditetapka.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kegagalan untuk menyiapkan depoh tersebut mengikut jadual akan mengakibatkan operasi ART tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan sebelum ini.

“Saya mahu menegaskan kepada kontraktor supaya berusaha keras untuk menyiapkan projek ini mengikut jadualnya.

” Pihak kami (MOTS) tidak mahu berlaku atau sebarang alasan yang boleh mengakibatkan kelewatan terhadap projek ini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Tapak Depoh ART di Kampung Rembus di sini hari ini.

Beliau berkata, MOTS juga mahu projek itu dilaksanakan dengan memenuhi spefikasi kontrak yang ditandatangani bagi mengelakkan sebarang permasalahan di masa hadapan.

Menurutnya perkara itu penting bagi memastikan kelancaran setiap projek berkaitan termasuk operasi ART terbabit.

Projek bernilai RM260 juta itu dianugerahkan kepada kontraktor pada 8 Disember 2023 melibatkan enam kompenen pembinaan iaitu membabitkan pembinaan bengkel mekanikal, bengkel penstrukturan semula, pusat kawalan operasi dan bangunan hijau dan juga kawasan penstabilan stesen bagi mengisi minyak hidrogen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan