Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Jalan Baharu daripada Rumah Panjang Maja ke Penurin dan Jalan Akses dari Jambu Krampak ke Rantau Layang di Dewan Layar Pejabat Daerah Betong pada selasa. Foto TVS.

Dakwaan Kerajaan Sarawak rampas NCR tidak benar, 59 pemilik terima pampasan RM3.17 juta – Uggah

BETONG, 6 Feb: Dakwaan segelintir pihak berhubung Kerajaan Sarawak merampas Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi melaksanakan projek pembangunan adalah tidak benar, tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sebagai bukti menurut beliau seramai 59 orang pemilik tanah NCR di Betong telah menerima cek pampasan tanah mereka susulan tanah masing-masing terlibat dalam projek pembangunan di daerah itu hari ini.

NCR pampasan setimpal kepada pemilik bergeran | TVS

“Hari ini adalah bukti nyata dan kita dapat lihat sendiri betapa semua dakwaan oleh sesetengah pihak yang selama ini mengatakan kita (kerajaan) mengambil tanah rakyat untuk aktiviti pembangunan di negeri tanpa membayar pampasan kepada mereka adalah tidak benar sama sekali.

“Dakwaan itu adalah tidak lain hanya sekadar bertujuan untuk meracuni pemikiran rakyat atau pemilik tanah NCR di negeri ini agar mereka tidak menyukat tanah mereka kepada Seksyen 6,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Jalan Baharu daripada Rumah Panjang Maja ke Penurin dan Jalan Akses dari Jambu Krampak ke Rantau Layang di Dewan Layar Pejabat Daerah Betong pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tersebut demi kebaikan bersama.

“Walaubagaimanapun jauh disudut hati saya, masih lagi mengharapkan agar mereka ini nanti akan berubah fikiran untuk kebaikan bersama suatu hari nanti,

“Ini kerana saya tidak mahu melihat akan ada yang ketinggalan arus pembangunan yang dirancang kerajaan hanya kerana mempunyai pemikiran yang terlalu sempit,” ujarnya.

Terdahulu, majlis menyaksikan  seramai 59 orang penerima dari kawasan Jambu dan Rantau Layang di Betong telah menerima cek pampasan tanah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM3.17 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan