Search
Close this search box.
Kumpulan Chitose mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, pada Selasa. Foto: Connie Grace (TVS)

Chitose rancang luaskan ladang penangkapan karbon di Sarawak

ByConnie Grace

Kuching, 6 Feb: Kumpulan Chitose bercadang untuk meningkatkan kemudahan pusat penangkapan karbon di Sarawak sekali gus membesarkan perusahaan berkenaan daripada lima hektar kepada 100 hektar.

Menurut jurucakap Kumpulan Chitose, Takanori Hoshino, kawasan sedia ada Chitose Carbon Capture Central Sarawak (C4 Sarawak) iaitu lima hektar terbabit akan menjadi penanda aras yang baik bagi menguruskan karbon dalam ekonomi sirkular.

Jurucakap Kumpulan Chitose Takanori Hoshino ketika ditemua TVS hari ini. Foto: Connie Grace (TVS)

“Bagi tujuan ini, kami telah berbincang dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk kami besarkan kemudahan sedia ada yang memiliki keluasan lima hektar di Loji Sejingkat kepada 100 hektar malah (boleh digunakan untuk sektor lain) dan tidak hanya tumpu karbon sahaja di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, pada Selasa.

Mengulas lanjut beliau berkata, projek pengeluaran alga di Sejingkat bakal bermula sebelum Mac ini.

Untuk rekod, projek mikroalga yang bermula pada 2020, diterajui oleh CHITOSE Group (kontraktor utama untuk projek penyelidikan mikroalga) dari Jepun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan