Search
Close this search box.
Foto hiasan, Envato.

Bursa Malaysia catat prestasi bercampur-campur pada tengah hari

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi bercampur-campur pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk menyokong pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.65 mata kepada 1,511.99 daripada 1,511.34 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks barometer itu dibuka 1.03 mata lebih rendah kepada 1,510.31 dan seterusnya bergerak di antara 1,508.99 dengan 1,513.98 sepanjang sesi pagi.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 435 berbanding 387, manakala 398 kaunter tidak berubah, 1,029 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.75 bilion unit bernilai RM919.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan pembelian saham tempatan berterusan memandangkan penilaian menarik dan sokongan berlanjutan daripada dana asing.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras berada dalam aliran berjulat 1,510 hingga 1,520 hari ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing meningkat empat sen kepada RM10.78 dan RM6.18, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM6.73 manakala Maybank dan Public Bank masing-masing kurang satu sen kepada RM9.31 dan RM4.40.

Bagi saham aktif, Wentel Engineering naik dua sen kepada 28 sen, Velesto menokok setengah sen kepada 25.5 sen, Revenue menambah satu sen kepada 20.5 sen manakala Widad dan Reneuco masing-masing susut satu sen kepada 11.5 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.74 mata kepada 11,225.96 dan Indeks FBMT 100 menokok 10.04 mata kepada 10,893.21.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 25.62 mata kepada 11,262.21, Indeks FBM ACE naik 6.65 mata kepada 4,710.04 dan Indeks FBM 70 menokok 36.17 mata kepada 15,156.87.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan naik 14.78 mata kepada 7,170.99 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 14.42 mata kepada 16,965.82.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata kepada 172.25, Indeks Hartanah menokok 1.44 mata kepada 903.4 dan Indeks Tenaga menambah 4.68 mata kepada 874.35. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan