Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin (Kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) Datuk Jamaludin Nasir (Kiri), ketika ditemui TVS selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Alex Teo (TVS)

BETC 2024: Himpunkan pakar, pemain industri peralihan tenaga di Kuching pada 26-27 Feb ini

ByConnie Grace

KUCHING, 6 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal merasmikan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 yang bakal diadakan pada 26 hingga 27 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy, Robert Hardin berkata, BETC bakal menghimpunkan kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada pakar terkemuka dan pemain industri dari sekitar Asia Pasifik dalam industri peralihan tenaga di Bandaraya ini.

BETC 2024: Shaping the sustainable energy landscape | TVS

Menurutnya, BETC juga menawarkan pandangan yang boleh direalisasikan mengenai tenaga boleh diperbaharui bersama pemain industri yang diperlukan untuk peralihan tenaga di rantau ini selain menyokong matlamat Sarawak untuk menjadi negari rendah karbon.

“Menyedari kepentingan rangka kerja dalam menggalakkan ekonomi mampan dan peralihan tenaga, katanya, persidangan ini juga mampu meletakkan nama Sarawak di peta dunia,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) Datuk Jamaludin Nasir berkata menerusi kerjasama ini ia selaras dengan komitmen Sarawak untuk memupuk inovasi dan kemampanan dalam sektor tenaga.

Terdahulu, pada Selasa SEDC Energy dan Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan