Search
Close this search box.
Seramai 91 daripada 131 PATI yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah berjaya diberkas setakat 8 malam ini. Foto Bernama

91 pendatang asing lolos berjaya diberkas, 38 masih diburu

ByBernama

IPOH, 6 Feb: Seramai 91 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah telah berjaya diberkas setakat 8 malam ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah tersebut, seramai 66 orang telah ditahan polis manakala 25 ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), serta 38 lagi masih bebas.

Polis giat kesan pendatang asing tanpa izin lari dari depot tahanan

“Hari ini, seramai lapan pendatang tanpa izin etnik Rohingya telah berjaya ditangkap di kawasan Hutan Jalan Kachu, Tapah, Hab Getah Bidor serta Kampung Senta Bidor.

“Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian pada 9.50 malam Khamis lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya serta warga Myanmar dan Bangladesh, meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, dengan semua tahanan itu merusuh selain merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dua dari tahanan yang lolos itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan