Search
Close this search box.
Awang Tengah pada Penyerahan Alat Pemulihan Motorized Wheelchair di bawah SKSSR kepada Nor Amelia Nazdmen. Foto TVS

Suri rumah digalak mencarum SKSSR

LAWAS, 5 Feb: Golongan suri rumah di Sarawak amat digalakkan untuk mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menyediakan perlindungan apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan antara manfaat diperoleh pencarum termasuk melalui faedah-faedah yang disediakan seperti Elaun Keuzuran sebanyak RM300 sebulan dan faedah pemulihan lain.

“Perkeso mempunyai SKSSR kepada golongan suri rumah dan mereka hanya perlu membuat caruman sebanyak RM120 setahun termasuk adik Nor Amelia yang mencarum sejak Julai 2023.

“Antara kemudahan yang diterima beliau termasuk Motorized Wheelchair di bawah SKSSR selain mendapat elaun sebanyak RM300 sebulan sehingga berumur 55 tahun,” katanya.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu menyatakan perkara berkenaan ketika ditemui media pada Penyerahan Alat Pemulihan Motorized Wheelchair di bawah SKSSR, Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 kepada Nor Amelia Nazdmen Mohamad, 30 tahun dari Kampung Dato Kuala Lawas yang mengalami lumpuh separuh badan malam tadi.

Nor Amelia yang menghidap penyakit ‘SLE with transverse myelitis and neuro’ sejak 2016, menjadi penerima pertama di Malaysia untuk pembekalan kerusi roda jenis ‘motorized’ di bawah SKSSR sejak berkuatkuasa Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 pada 1 Disember 2022.

Turut sama ialah Residen Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Ladin Atok dan Pengurus PERKESO Limbang, Siti Saharah Tair. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan