Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata ramai wanita mempunyai kelayakan dari segi pengalaman dan akademik. Foto BERNAMA

Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan

ByBernama

JASIN, 5 Feb: Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam, justeru kuota 30 peratus yang ditetapkan kerajaan sebelum ini perlu dihapuskan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ketika ini, ramai wanita mempunyai kelayakan dari segi pengalaman dan akademik untuk berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sebagai pembuat keputusan di pelbagai peringkat perkhidmatan.

“Sebab itu kita tidak sepatutnya ada (had) siling … kalau dari segi 30 peratus itu, kita sudah capai 42 peratus dalam sektor awam, jadi kalau kita nak letak 50 peratus atau sebagainya, kita tidak perlu ada had lagi … kita tidak perlu wujudkan sebarang siling,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Laman Wanita (LaWa) Negeri Bersejarah bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di LaWa Jasin di sini hari ini.

Nancy mengulas mengenai saranan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu program audio siar baru-baru ini supaya kuota 30 peratus wanita dimansuhkan dan kaum hawa diterima sebagai pembuat keputusan berdasarkan merit.

Sementara itu, dalam ucapannya, Nancy berkata kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh menunjukkan peningkatan saban tahun iaitu 55.3 peratus pada 2020, 55.5 peratus (2021), 55.8 peratus (2022) dan 55.9 peratus (2023).

Justeru, katanya inisiatif disediakan LaWa dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi melalui penyediaan program kemahiran bagi membantu wanita menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga mereka, sekali gus dapat membantu negara meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh.

“Peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh ini dijangka dapat diteruskan menerusi penyediaan persekitaran ekonomi yang kondusif dan mesra wanita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan