Search
Close this search box.
Keadaan motosikal anggota polis selepas dilanggar sebuah kereta yang cuba ditahan di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, Ipoh, semalam. Foto PDRM

Dua suspek langgar polis hingga patah tulang berjaya diberkas

IPOH, 5 Feb: Polis berjaya memberkas dua individu berhubung kes melanggar dengan kereta seorang anggota polis yang sedang bertugas sehingga patah tulang rusuk dan bahu di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, suspek lelaki berumur 33 tahun dan wanita berusia 34 tahun itu ditahan hari ini iaitu kurang 24 jam selepas insiden tersebut.

Katanya, polis membuka kertas diasatan berkaitan kes mendatangkan kecederaan parah dengan niat membunuh ke atas mangsa dari Balai Polis Tanjung Rambutan berusia 34 tahun.

Anggota polis patah tulang rusuk, bahu dilanggar kereta dua kali

“Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif THC (ganja) selain mempunyai 17 rekod jenayah lampau, manakala suspek wanita ada dua rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota polis yang sedang melakukan tugasan rondaan cegah jenayah mengalami kecederaan parah selepas dilanggar sebanyak dua kali dengan cara mengundur oleh sebuah kereta jenis Proton Iriz semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 7.30 malam, suspek sebelum itu cuba ditahan oleh anggota terbabit yang menunggang dua buah motosikal dengan rakan setugas.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak serta disahkan mengalami patah tulang rusuk dan bahu, manakala suspek melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan