Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia memanggil aktivis sosial Tony Pua ke Bukit Aman pada 1 tengah hari esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja. Foto Tony Pua (FB)

Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok bantu siasatan kes hina institusi raja

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Polis Diraja Malaysia memanggil aktivis sosial Tony Pua ke Bukit Aman pada 1 tengah hari esok untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kenyataan beliau yang didakwa menghina institusi diraja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kenyataan Pua yang didakwa menghina Sultan Pahang berkaitan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kenyataan terbabit bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasa baginda di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan