Search
Close this search box.
Awang Tengah bersama sebahagian penerima sumbangan Tahun Baharu Cina di Lawas hari ini. Foto, TVS.

Sarawak akan tambah baik sistem pendaftaran PADU untuk rakyatnya

LAWAS, 4 Feb: Kerajaan Sarawak akan mengenal pasti pendekatan terbaik untuk menambah baik pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kepada rakyatnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak juga akan berusaha untuk memastikan kesemua rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dapat mendaftarkan maklumat mereka dalam sistem itu.

“Satu taklimat mengenai perlaksanaan sistem PADU telah dilaksanakan di Kuching dua hari lepas, jadi Kerajaan Sarawak akan memberi input bagaimana untuk kita memperbaiki perlaksanaan PADU,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina 2024 di sini hari ini.

Pada masa sama Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak juga akan strategi untuk memastikan semua rakyatnya dapat mendaftar PADU tanpa sebarang kesulitan.

“Ini selari dengan tujuan sistem itu dibangunkan iaitu untuk menghentikan ketirisan dan kebocoran dana kerajaan serta membasmi kemiskinan tegar di negara ini,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan