Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek merasmikan Hari Apresiasi Tabika Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Bayan Lepas di sini hari ini. Foto, TVS.

KPM tambah kelas prasekolah setiap tahun – Fadhlina

GEORGE TOWN, 4 Feb: Proses penambahan kelas prasekolah sentiasa berjalan setiap tahun bagi memastikan kesemua kanak-kanak mendapat pendidikan awal sebelum memasuki alam persekolahan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sedang berusaha meningkatkan enrolmen prasekolah kepada 90 peratus di seluruh negara.

Katanya, ketika ini terdapat 9,909 buah kelas prasekolah membabitkan lebih 200,000 murid bagi sesi persekolahan 2023/2024.

“Peluasan prasekolah KPM berlangsung setiap tahun kerana permintaan tinggi selain kita mahu pastikan pendidikan percuma di peringkat prasekolah.

“(Melalui prasekolah) Isu-isu berkaitan malnutrisi dan intervensi murid keperluan khas dapat dibuat di peringkat awal selain berkait rapat dengan menangani naratif keciciran lebih awal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Apresiasi Tabika Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Daerah Barat Daya dan Timur Laut di Bayan Lepas di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Zairuddin Mat Zuini.

Pada majlis itu, seramai 824 kanak-kanak menerima sijil graduasi masing-masing termasuk 107 penerima Anugerah Kanak-kanak Cemerlang.

Sementara itu, beliau berkata, KPM melaksanakan peluasan prasekolah pada tahun ini membabitkan 129 kelas dan 119 kelas pada sepanjang 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan