Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Karnival Usahawan Desa yang dianjurkan oleh KKDW turut membantu pemasaran usahawan di Sarawak. Foto, Izzah Kamilah (TVS).

Ikan terubuk sambal sira pikat pelanggan Brunei

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Ikan terubuk sambal sira yang merupakan produk utama keluaran Syarikat Samahah kini semakin dikenali di Sarawak.

Lebih menarik, ‘populariti’ hidangan protein terkenal di Bumi Kenyalang ini telah mula digemari oleh pelanggan di Brunei.

Pengasasnya Sharifah Norlaila Wan Mohamad berkata, dia menggunakan resepi sendiri untuk menghasilkan sambal itu.

“Bagi memudahkan pelanggan menikmati ikan terubuk sambal, kami membuang tulang ikan supaya lebih selamat untuk dimakan,” katanya ketika ditemui TVS pada Karnival Usahawan Desa (KUD) di sini, semalam.

Bercerita lanjut mengenai syarikatnya, Sharifah Norlaila berkata, dia memulakan perniagaan pada 2021.

Inovasi perabot syarikat di Bau pikat pembeli dari Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia

“Tanpa berlengah, saya terus membawa produk untuk menyertai karnival usahawan yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Syarikat juga berjaya menerima geran perniagaan daripada MARA selain mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya.

Selain itu jelas Sharifah Norlaila, dia juga menerima kelulusan permohonan untuk Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Sijil berkenaan penting kerana menjadi penanda aras berkenaan kualiti dan keselamatan makanan dihasilkan.

Berkenaan bantuan lain yang disediakan oleh MARA, usahawan ini mengakui agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu sentiasa bersedia membantunya untuk mengembangkan perniagaan.

“Pada tahun lepas, antara bentuk sokongan yang turut diterima oleh syarikat saya daripada MARA ialah geran perniagaan selain latihan dan kursus.

“Alhamdulilah walaupun bermula kosong tetapi MARA membantu kami untuk mencapai tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Sharifah Norlaila berkata, syarikatnya juga menerima ‘lamaran’ MARA untuk geran membina kilang.

“Saya berharap sekiranya perancangan itu berjalan lancar, kami akan dapat meningkatkan jumlah pengeluaran produk,” tambahnya.

Selain sambal terubuk, Syarikat Samahah juga menjual produk lain seperti sambal bawang bilis bersira, tempe terubuk bersira dan sambal kicap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan