Search
Close this search box.
Wakil PIBAKAT menerima cek RM10,000 sumbangan Plaza Merdeka sambil disaksikan oleh Fatimah di Plaza Merdeka pada Sabtu. Foto, TVS.

Fatimah sokong usaha Plaza Merdeka bantu PIBAKAT

ByMadeline Dugat

KUCHING, 4 Feb: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah memuji usaha Plaza Merdeka membantu golongan memerlukan dengan memberi sumbangan sebanyak RM10, 000 kepada Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT).

Fatimah sokong usaha Plaza Merdeka bantu PiBAKAT.

Sambil menyambut baik usaha tersebut, kata Fatimah, peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat dalam memberi sumbangan kewangan kepada golongan berkenaan amat dialu-alukan.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap orang kurang upaya (OKU), saya amat menghargai usaha ini malah berharap lebih ramai pihak akan mencontohi usaha yang dilakukan oleh Plaza Merdeka.

“Ini kerana PIBAKAT sentiasa memerlukan sokongan tambahan daripada orang ramai, masyarakat, pihak korporat dan NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Tahun Baharu Cina Plaza Merdeka di sini semalam.

Sementara itu, jelas Fatimah, sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat telah menonjolkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Di Sarawak, bukan sahaja orang Cina yang datang (majlis perasmian sambutan Tahun Baharu Cina) menonton tetapi kaum lain juga turut serta.

“ Ini kerana, kita belajar tentang budaya dan tradisi masing-masing, jadi kita menghormati,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Hilmi Othman, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Sdn Bhd, Dato Steve Ng dan Setiausaha Kehormat Persatuan PIBAKAT, Ng Kui Choo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan