Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gandingan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri merupakan antara atlet yang dilahirkan menerusi pentas SUKMA. Foto fail Bernama.

Skuad terjun negara bermula langkah kiri di Doha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Skuad terjun negara memulakan saingan Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Doha, Qatar, dengan langkah kiri apabila sekadar menduduki tempat ke-11 daripada 12 negara dalam acara 3 meter (m) dan 10m berpasukan campuran, hari ini.

Pada pusingan final bagi acara itu yang berlangsung di Pusat Akuatik Hamad, menyaksikan gandingan empat penerjun negara Kimberly Bong, Bertrand Rhodict Lises, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj dan Hanis Nazirul Jaya Surya hanya mengumpul 245.90 mata, menurut laman sesawang kejohanan https://www.worldaquatics.com/diving/competitions.

Emas acara berkenaan dimenangi atlet Great Britain, Thomas Daley, Scartlett Mew Jensen, Daniel Goodfellow dan Andrea Spendoloni Sirieix setelah mengumpul 421.65 mata manakala Agundez Garcia, Willars Valdez, Ocampo Marroquin dan Vazquez Montano dari Mexico meraih pingat perak dengan 412.80 mata.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh gandingan Australia Cassiel Rousseau, Maddison Keeney, Nikita Hains dan Shixin Li dengan mengumpul 385.35 mata.

Terdahulu, dua penerjun negara Kimberly dan Ong Ker Ying terlepas tiket final acara 1m papan anjal wanita selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik apabila masing-masing menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-26 (205.80 mata) dan ke-31 (198.00 mata).

Kejohanan yang bermula hari ini akan berlangsung hingga 18 Feb ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan