Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui selepas selesai taklimat Projek Transformasi Padi @ Lubok Punggor daripada pihak UPM, di Gedong, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui selepas selesai taklimat Projek Transformasi Padi @ Lubok Punggor daripada pihak UPM, di Gedong, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Makmal kajian di Gedong siap 2025, digitalisasi pertanian padi – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

GEDONG, 3 Feb: Pelaksanaan Mini Isthmus, di sini bakal dilengkapi makmal bagi pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Swinburne Sarawak menjalankan kajian untuk membangunkan teknologi pertanian di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kompleks itu sedang dibangunkan merangkumi pejabat pentadbiran dan sebahagian pusat komersialnya dijangka siap pada penghujung 2025.

“Kawasan ini akan terus dibangunkan pada 2026 dan 2027 termasuklah pembinaan makmal untuk UPM dan Universiti Swinburne di mana Universiti Swinburne ini lebih kepada menggunakan digitalisasi dalam menyimpankan data untuk hasil pertanian kita.

“Jadi kita ada dua ‘off campus’ di sini, kedua-duanya masih dalam pelaksanaan infrastruktur selain bekalan api bekalan air perlu kita tingkatkan untuk kegunaan masyarakat di Gedong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri taklimat Projek Transformasi Padi @ Lubok Punggor daripada pihak UPM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak, Dato Sri Mohd Naroden Majais.

Sementara itu, Abang Johari memaklumkan, kawasan Gedong telah dikenal pasti sebagai penanaman alga yang baharu di Sarawak.

“Chitose Group dari Jepun akan meletakkan pengeluaran alga di kawasan Gedong dan tanahnya sesuai untuk membangunkan alga yang mana ia akan dijadikan sebagai bahan untuk mengeluarkan produk makanan, farmaseutikal serta bahan api penerbangan mampan (SAF).

“Jumlah keseluruhan kawasan di sini ditingkatkan sehingga 100 hektar, manakala pelan perintis penanaman alga di Sejingkat hanyalah sebanyak lima hektar,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Gedong juga bakal menjadi makmal kepada seluruh dunia dalam perniagaan alga disebabkan oleh kesesuaian tanah yang dipilih oleh Jepun.

“Sudah tentu kita juga ada di Bintulu dengan teknologi lain menggunakan alga dalam menghasilkan minyak kapal terbang SAF. Di sini, kajiannya khusus untuk makanan dan farmasi.

“Selain itu, kita akan meningkatkan kawasan Gedong menjadi pusat bagi kawasan pesisir dalam menggunakan tanah yang ada untuk kita membangunkan sektor agrikultur,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan