Search
Close this search box.
Dewi Farisha Fazliman tiba bersama dua anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Sabtu, sambil disambut ibunya, Sheryll Balisia Cabrera selepas terkandas di Filipina sejak 2019. Foto: TVS

Kandas di Filipina: Dewi Farisha, dua anak kembali ke pangkuan keluarga

KUCHING, 3 Feb: Igauan ngeri Dewi Farisha Fazliman yang sebelum ini terkandas di di Filipina kini berakhir dengan kepulangan dirinya dan dua anaknya ke pangkuan keluarga di sini, tengah malam tadi.

Ibu tunggal berusia 25 tahun itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bersama dua anaknya Arwaa Aisy Fazeela Fazliman dan Aurora Aisy Fazrysha Fazliman pada jam 12 tengah malam itu disambut penuh emosi oleh ibunya, Sheryl Balisia Cabrera serta ahli keluarganya lain.

Dewi Farisha Fazliman tiba bersama dua anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Sabtu, sambil disambut ibunya, Sheryll Balisia Cabrera selepas terkandas di Filipina sejak 2019. Foto: TVS

Turut hadir di LTAK semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Kegembiraan di wajah Dewi jelas terpancar sebaik sahaja melangkah keluar dari balai ketibaan lantas dipeluk ibunya.

Meskipun keletihan ekoran menempuh perjalanan panjang dari Manila ke Kota Kinabalu sebelum tiba di Kuching, namun Farisha bersyukur dapat bersama keluarganya semula setelah sekian lama terpisah.

“Perjalanan yang panjang, penat dan letih kerana saya seorang bersama dua anak, mereka menangis semasa di lapangan terbang, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Tetapi tidak apa, sekurang-kurangnya saya kini berada di tempat sendiri, saya pun gembira,” katanya sambil berterima kasih dengan semua pihak yang terlibat dalam proses membawanya pulang ke Sarawak dalam kadar segera.

Sementara itu ibunya, Sheryl ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana anak dan dua cucunya itu dapat pulang dengan selamat.

“Saya rasa syukur sebab anak dan cucu-cucu saya dapat pulang, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Tolerance And Awareness Society Of Sarawak dan semua pihak terlibat.

“Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, tetapi saya amat bersyukur anak dan cucu-cucu saya sudah berada di sini (Kuching),” katanya.

Sebelum ini Dewi Farisha bersama dua anaknya terkandas di Filipina sejak 2019 selepas pergi ke negara berkenaan untuk menziarahi ahli keluarga yang sakit.

Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah menyukarkan kepulangan tiga anak-beranak itu susulan sekatan di pintu sempadan antarabangsa sehingga berdepan penalti puluhan ribu ringgit atas kesalahan tinggal lebih masa.

Dewi Farisha ketika itu menyewa bilik di Taytay di Rizal, Manila sebelum kisahnya dilaporkan media tempatan sehingga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan