Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengaul 'Yee Sang' di Majlis Ramah Tamah Gong Xi Fa Chai 2024 anjuran Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Spaoh pada Jumaat. Foto TVS

Pelbagai projek pembangunan bernilai RM63 juta dilaksana di Spaoh – Uggah

BETONG, 3 Feb: Pelbagai projek pembangunan bernilai RM63 juta bakal dilaksanakan di Daerah Spaoh pada tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meyakini khabar baik itu akan merancakkan ekonomi masyarakat setempat di sini.

“Di Spaoh kita hendak buat projek bagaimana untuk bangunkan ekonomi agar pendapatan penduduk disini bertambah,

“Ia merangkumi dari sudut pertanian atau apa sahaja industri yang boleh kita keluarkan sebagai contoh di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) kita telah pun ada peruntukan berjumlah RM33 juta untuk membangunkan sektor pertanian,” katanya pada majlis ramah tamah Tahun Baru Cina 2024 di Spaoh pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, itu menambah objektif utama kerajaan juga ingin mewujudkan konsep pertanian moden di Spaoh.

“Kita juga hendak bangunkan pertanian moden itulah yang akan kita lakukan di Spaoh.

“Jadi saya amat berharap agar masyarakat d isini sama-sama mengambil peluang daripada limpanhan pembangunan yang dijalankan kerajaan di Spaoh ini,” katanya.

Uggah menegaskan pembangunan di sini akan berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu daripada masyarakat setempat.

Sementara itu, Uggah mengumumkan Medan Selera, Tapak Pasar Malam dan Waterfront bernilai RM25 juta akan dibangunkan di sini tahun ini.

“Kita ada cadangan untuk hendak membesarkan market kita disini dengan membina satu Medan Selera dan Tapak Pasar Malam dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta berhampiran dengan tapak pasar lama.

“Selain daripada itu, kita juga satu lagi Waterftont baharu yang lebih besar daripada yang ada sekarang ini di Spaoh bernilai RM20 juta,” ujarnya projek itu akan merubah wajah daerah ini kelak.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roselind Mapong Sabai dan yang lain.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan