Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga Indonesia ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang. Foto hiasan

Suspek kes bunuh maut ditembak selepas serang polis dengan parang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu adalah suspek kes bunuh wanita warga Indonesia berusia 19 tahun yang jasadnya ditemukan dengan kesan lapan tikaman di Sungai Way, Petaling Jaya pada Isnin lepas.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu pangsapuri terbabit pada kira-kira 5.30 petang.

“Ketika serbuan, lelaki itu bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang dan polis melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri.

“Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter dirampas,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-890 5051.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan