Search
Close this search box.
Malaysia terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final. Foto, International Hockey Federation (IHF).

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Malaysia terpaksa berpuas hati dengan status naib juara pada edisi sulung Piala Dunia Hoki 5 sebelah (5s) 2024 selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final, malam Rabu (awal pagi Khamis di Malaysia).

Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama, namun Malaysia pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol padang Mohamad Akhimullah Anuar Esook kurang daripada 45 saat kemudian.

Belanda, yang hadir selaku juara Eropah, kemudian melebarkan jurang menerusi jaringan gol padang Reyenga Pepijn pada minit keenam dan Drift Yannick pada minit ke-13 untuk mendahului 3-1 menjelang waktu rehat.

Piala Dunia: Skuad hoki 5s Malaysia ke final bertemu Belanda

Bersambung babak kedua, Muhammad Firdaus Omar merapatkan jurang bagi skuad kendalian Wallace Tan menerusi jaringan minit ke-16, tetapi Belanda berjaya muncul juara sulung Piala Dunia 5s apabila Sander de Wijn (minit 26) dan Jamie van Aart (minit 28) masing-masing menjaringkan satu gol.

Malaysia mara ke final selepas mengatasi Poland 4-3 pada separuh akhir, manakala Belanda menewaskan tuan rumah Oman 5-3.

Oman kemudian meraih gangsa selepas menewaskan Poland 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga-keempat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan