Search
Close this search box.
Kunjungan hormat KDJA dan Citrine One Borneo kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pada Rabu. Foto: UKAS

KDJA, Citrine One Borneo adakan siri latihan media untuk polis Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 31 Jan: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) bersama Citrine One Borneo bercadang mengadakan beberapa siri sesi latihan media untuk warga polis di Sarawak bagi meningkatkan pengendalian perkara berkaitan bidang berkenaan.

Hasrat itu merupakan inti pati utama kunjungan hormat KDJA dan Citrine One Borneo kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pada Rabu.

Pertemuan sekitar sejam itu menyaksikan Pengarah Komunikasi Citrine One Borneo, Jacqueline David dan Presiden KDJA, Ronnie Teo mengenengahkan inisiatif beberapa siri sesi latihan pengendalian media untuk ketua polis daerah dan pegawai perhubungan awam di beberapa zon terpilih.

Menurut Jacqueline, sesi latihan terbabit akan tertumpu kepada kaedah sumber untuk berkongsi maklumat dan kaedah penulisan kenyataan media daripada polis selain meningkatkan kemahiran fotografi.

“Sesi latihan berkenaan akan dikendalikan oleh para pengamal media yang berpengalaman,” katanya.

Sementara menurut Ronnie, sesi latihan tersebut bukan sahaja akan memantapkan kemahiran mereka yang terlibat dalam mengendalikan media namun sekali gus mengeratkan lagi hubungan media Sarawak bersama polis.

Pada pertemuan itu juga, KDJA turut memaklumkan kepada Mancha berkaitan Kuching bakal menjadi tuah rumah Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada 27 Mei depan.

Justeru itu, KDJA turut mencadangkan agar ceramah kesedaran awam mengenai jenayah siber oleh polis sebagai salah satu program Hawana di sini.

Mancha melahirkan persetujuan sambil menyatakan cadangan itu akan dijayakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)

Turut hadir Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak SAC Awang Din Awang Gani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Wong Ing Fung dan Ketua Cawangan Khas Sarawak SAC Taufik Toh Abdullah serta anggota KDJA lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan