Search
Close this search box.
Wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara. Foto hiasan Envato

Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdangan manusia

ByBernama

PUTRAJAYA, 31 Jan: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan pada pukul 4.30 petang itu dilancarkan oleh Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Imigresen Putrajaya hasil maklumat dari Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.

“Wanita itu dikawal oleh anggota sindiket yang juga merupakan warganegara Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang wanita Tanzania berusia 32 tahun dikenali sebagai ‘madam’ turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki menyalahguna kemudahan Pas Pelajar, dan menjadi ‘ibu ayam’.

Ruslin berkata, operasi itu menggunakan pendekatan siasatan awal bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Sementara itu, Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan pekerjaan termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

“Ahli sindiket dikesan sering berpindah-randah dari satu kediaman mewah ke kediaman mewah lain bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Ruslin berkata, mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO) dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan