Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang (depan, empat dari kanan) bersama sebahagian penerima geran MRP di sini hari ini.Foto, TVS.

21 organisasi terima geran MRP Pujut berjumlah RM62 ribu

MIRI, 31 Jan: Sebanyak 21 organisasi terdiri daripada persatuan, masjid dan sekolah menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) membabitkan agihan keseluruhan RM62,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, penerima geran perlu memanfaatkan peruntukan itu sebaiknya dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan ahli serta masyarakat setempat.

Kata beliau, ini selaras dengan hasrat Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melihat rakyatnya hidup bersatu dan harmoni.

“Pemberian ini bagi membolehkan masyarakat di peringkat akar umbi, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan agama, badan pendidikan dan sebagainya menjalankan aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek MRP di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut di sini hari ini.

Antara penerima termasuklah Persatuan Bas Sekolah Perbandaran Miri, Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Miri, SK Tudan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Miri dan Jawatankuasa Aktiviti Pejabat Daerah Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan