Search
Close this search box.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini. Foto: HRH Crown Prince of Johor (Twitter)

Tunku Mahkota Ismail terima menghadap Azam Baki di Kuala Lumpur

ByBernama

JOHOR BAHRU, 30 Jan: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung selama sejam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, sebentar tadi.

Pemangku Sultan Johor itu kini berada di ibu negara.

Sultan Ibrahim dijadualkan bertolak dari Istana Bukit Serene, di sini, pada pukul 7.45 pagi esok, untuk ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), sebelum berlepas ke Pangkalan Udara Subang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan