Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap padaSesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin, Tun Razak Exchange di sini hari ini. Foto, UKAS.

Potensi Affin Bank antara faktor Sarawak berminat tingkatkan pegangan saham – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Potensi yang dimiliki oleh Affin Bank Bhd merupakan antara faktor yang menyebabkan Kerajaan Sarawak berminat untuk meningkatkan pegangan sahamnya dalam bank berkenaan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, perbincangan ke arah itu dijangka akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Dekat (tempoh memuktamadkan). Kita nampak (potensi) AFFIN Bank, kita labur 4.9 peratus dulu. Tidak mengapa, kita letakkan posisi kita (Sarawak) dalam Affin Bank terlebih dahulu, selepas itu kita tengoklah,” ujarnya.

Abang Johari sahkan Sarawak akan tambah pegangan saham dalam Affin Bank

 

Abang Johari berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Sesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin, Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Sebelum ini, Affin Bank Bhd berkata pemegang saham utamanya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan laporan bahawa tabung angkatan tentera itu sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk “kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan,” dalam bank tersebut.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak memiliki 4.796 peratus saham dalam Affin Bank setakat 29 Disember 2023.

Awal bulan ini dalam satu majlis di Kuching, Abang Johari ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan itu tidak menafikannya malah secara berselorah beliau mengatakan sekiranya tiada angin, tiang bendera tidak akan bergoyang.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata Sarawak berminat untuk melabur dalam institusi perbankan sebagai langkah membantu dan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan aktiviti perniagaan di wilayah berkenaan tersebut.

Jelasnya pemilikan bank bukan perkara baharu kerana sebelum ini Sarawak pernah memiliki enam institusi perbankan.

LTAT dalam perbincangan dengan Kerajaan Sarawak untuk kepentingan tambahan – Affin Bank

Kata Abang Johari, Sarawak juga mempunyai kemampuan kewangan untuk melabur dalam syarikat yang berpotensi termasuk yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Kita mempunyai sejumlah dana yang boleh dilaburkan.

“Sekiranya berlaku krisis, kita mempunyai simpanan. Kerajaan Sarawak mahu ambil alih bank tersebut (Affin Bank Berhad) kerana mereka merupakan sebahagian daripada pelaburan kami,” jelasnya lanjut.

Sementara itu Abang Johari berkata, terdapat beberapa ‘rintangan’ yang perlu diharungi sebelum Sarawak ‘berjaya’ meningkatkan pegangan sahamnya dalam bank perdagangan berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada dapat memberitahu anda (media) kerana Affin (Bank Berhad) merupakan syarikat senarai awam, jadi saya kena patuh kepada Bursa (Malaysia) namun (Kerajaan Sarawak) sememangnya mempunyai perancangan dengan Affin Bank, “tambah beliau.

Berkenaan jumlah pegangan saham yang ingin ditambah, Abang Johari berkata, perkara itu bergantung kepada hasil perbincangan dengan LTAT.

Ketika ini, LTAT memiliki 28.785 peratus pegangan dalam bank itu manakala Boustead Holding Bhd memiliki 20 peratus saham. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan