Search
Close this search box.
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman meninjau kesesakan lalu lintas di Bulatan Yayasan Sarawak. Foto TVS

Orang ramai disaran guna laluan alternatif elak kesesakan lalu lintas di Bulatan Yayasan Sarawak

KUCHING, 30 Jan: Pengguna jalan raya di sekitar kawasan Petra Jaya disaran untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman berkata, projek pembaikan dan pembesaran Jalan Matang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di Bulatan Yayasan Sarawak-Mardi dan Jalan Diplomatik terutama pada waktu puncak.

Katanya, akibat kesesakan tersebut pengguna jalan raya dinasihat untuk menggunakan laluan alternatif iaitu menggunakan Jalan FAC, Bulatan dan Jalan Diplomatik.

“Maka pendekatan yang kita ambil adalah arah sementara di mana kita telah membuat penutupan sementara satu lorong pada jam 6:00 pagi- 7:30 pagi.Kita akan melanjutkan penutupan lorong ini sekiranya memerlukan dari 7:30 hingga 8:00 pagi sekiranya perlu tertakluk kepada keadaan semasa.

“Kita juga membuat satu penutupan laluan sebelah kanan dengan menjadikannya dua lorong di Jalan Diplomatik di mana dulu ia merupakan satu lorong menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan kesesakan lalu lintas di Jalan Casuarina di sini, hari ini.

Katanya, antara jalan alternatif lain adalah dengan mengadakan lencongan Jalan Diplomatik dari arah lampu isyarat Jabatan Arkib/SMK Demak dan masuk ke Jalan Casuarina.

“Penutupan Bulatan Casuarina ke Jalan Diplomatik dengan pusingan “U” dari arah Kasuma Resort ke Bulatan Stadium dan kita akan meletakkan warden trafik untuk melancarkan aliran trafik,” ujarnya.

Terdahulu tular tentang keadaan sesak di Bulatan Yayasan Sarawak/Mardi dan Jalan Diplomatik terutama pada waktu puncak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan