Search
Close this search box.
Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad (depan) mengangkat tangan dengan calon SPM sebagai tanda sedia menghadapi peperiksaan. Foto TVS.

Calon SPM segera hubungi JPNS jika terjejas banjir

KUCHING, 30 Jan: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) telah mengenal pasti beberapa pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berisiko dilanda banjir berkaitan peperiksaan itu bermula hari ini hingga 7 Mac depan.

Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad berkata pihaknya bersiap siaga melakukan persediaan dalam sepanjang tempoh tersebut termasuk menasihati calon untuk tinggal di asrama sekolah.

“Calon-calon yang dijangka terjejas dengan banjir telahpun diminta untuk tinggal di asrama atau sebagai pilihan calon juga boleh menumpang di mana-mana rumah saudara mara ataupun pusat yang terdekat.

“Calon dan ibu bapa juga penjaga boleh menghubungi pihak bilik gerakkan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan amanat kepada calon SPM di sekolah Seni Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya seramai 54 calon terdiri daripada 15 calon lelaki dan 39 calon perempuan di sekolah berkenaan menduduk peperiksaan SPM tahun ini.

Sementara terdapat seramai 149 lagi calon di seluruh Sarawak yang menduduki SPM pada tahun ini merupakan calon keperluan khas.

Dalam pada itu beliau meningatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan tersebut berlangsung.

Seramai 35,885 calon di Sarawak mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 di seluruh negeri yang bermula hari ini hingga 7 Mac depan di 257 pusat peperiksaan membabitkan seramai 2,531 pertugas peperiksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan