Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Sesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin, Kuala Lumpur hari ini. Foto, UKAS.

Abang Johari sahkan Sarawak akan tambah pegangan saham dalam Affin Bank

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Kerajaan Sarawak mengesahkan akan meningkatkan pegangan sahamnya dalam Affin Bank Bhd.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih sebuah bank perdagangan

Sebelum ini laporan media menyebut Kerajaan Sarawak berminat untuk menambah pegangan sedia ada dalam Affin Bank Bhd sehingga 20 peratus.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak memiliki 4.796 peratus saham dalam Affin Bank setakat 29 Disember 2023.

LTAT dalam perbincangan dengan Kerajaan Sarawak untuk kepentingan tambahan – Affin Bank

Terdahulu, Abang Johari hadir Sesi Tinjauan Pasaran Malaysia 2024 anjuran Kumpulan Affin di Menara Affin, Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan