Search
Close this search box.
Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Rumah Panjang Samuli Sungai Tau, Selangau, petang semalam. Foto Bomba

Wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan

SELANGAU, 28 Jan: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Rumah Panjang Samuli Sungai Tau di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Cherurai ak Mukan, 74, masih belum ditemui sehingga kini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.20 malam tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

“Difahamkan mangsa keluar rumah mencari ikan di sekitar anak sungai belakang rumah panjang berkenaan sekitar jam 2.15 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 5.30 petang menyebabkan ahli keluarganya bimbang.

“Penduduk kampung dari empat buah rumah panjang dianggarkan seramai 30 orang telah membuat pencarian di sekitar belakang rumah dan kawasan kebun sawit pada jam 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bersama penduduk kampung membuat membuat pencarian di sekitar belakang rumah panjang dan kawasan kebun sawit dalam radius pencarian sekitar 700 meter persegi dan pencarian di sekitar anak sungai Tau turut dilakukan namun mangsa belum ditemui.

Operasi ditangguhkan disebabkan faktor hari gelap dan akan disambung semula hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan