Search
Close this search box.
Wanita warga emas yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Rumah Panjang Samuli Sungai Tau di Selangau, petang semalam, ditemukan selamat hari ini. Foto Bomba

Wanita warga emas dikhuatiri hilang dtemukan selamat dalam ladang kelapa sawit

SELANGAU, 28 Jan: Wanita warga emas yang dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Rumah Panjang Samuli Sungai Tau di sini, petang semalam, ditemukan selamat hari ini.

Mangsa Cherurai ak Mukan, 74, dijumpai orang awam jam 8.30 pagi tadi dalam ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat dalam anggaran lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Komander Operasi, PBK II Boniface Empaya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dengan tujuh anggota ke lokasi kejadian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan pikap dan kenderaan persendirian.

Wanita warga emas dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan

“Pasukan SAR yang turut disertai penduduk kampung seramai lebih 30 orang telah memulakan pencarian sekitar kawasan anak sungai Tau belakang rumah panjang tersebut pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.20 malam tadi.

Difahamkan mangsa keluar rumah mencari ikan di sekitar anak sungai belakang rumah panjang berkenaan sekitar jam 2.15 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga jam 5.30 petang walaupun hari sudah mulai gelap.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan