Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Perasmian Pembukaan Pesta Budaya & Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang malam tadi. Foto TVS

Tahun 2024 permulaan terbaik Sarawak terus maju dan makmur

LIMBANG, 28 Jan: Permulaan tahun 2024 dilihat menjadi titik awal terbaik untuk Sarawak terus maju dan makmur.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, tahun ini menyaksikan Malaysia bakal mencatat sejarah penting dengan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, awal 2024 juga menyaksikan pelantikan Gabenor Sarawak baharu iaitu Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

“Ini merupakan satu titik permulaaan yang baik untuk Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak menjadikan ekonomi negeri ini sentiasa stabil dan pendapatan semakin bertambah,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Pembukaan Pesta Budaya & Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang malam tadi.

Dr Abdul Rahman juga optimis bahawa Sarawak akan dapat mencapai impian menjadi negeri dan wilayah yang maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau juga berharap tahun baru 2024 yang juga merupakan tahun naga dan melambangkan kekuatan dan kemakmuran bagi masyarakat Cina akan menjadikan Sarawak dan Malaysia akan bertambah maju dan makmur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan