Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap merasmikan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di Kuching, malam tadi. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap merasmikan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di Kuching, malam tadi. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak sambut baik penganjuran program jana ekonomi dan pelancongan – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 28 Jan: Kerajaan Sarawak sentiasa menyambut baik penganjuran program dan acara yang berbentuk kemasyarakatan yang memberi faedah serta sumbangan kepada ekonomi dan sektor pelancongan di negeri ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, kementeriannya amat menyokong penganjuran karnival yang memberi impak positif kepada bumi Sarawak seperti penganjuran Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak.

“Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik untuk setiap lapisan masyarakat termasuk golongan remaja dan juga keluarga bagi menarik penyertaan semua,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, penganjuran karnival tersebut turut memberi platform kepada para peniaga memperkenalkan jenama dan barangan mereka kepada pengunjung-pengunjung dan penonton di peringkat nasional.

“Justeru, pihak kerajaan menyambut baik penganjuran pelbagai aktiviti menarik dan jualan istimewa pada harga berpatutan yang terdapat di 132 gerai yang disediakan di karnival ini.

“Menerusi karnival ini juga ramai peniaga tempatan dari seluruh negeri Sarawak dapat mengambil bahagian dan menjana pendapatan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Karim memberitahu, kali terakhir penganjuran Karnival Jom Heboh di Sarawak adalah pada 2013 dan kini selepas 11 tahun ia kembali diadakan di sini dengan kerjasama daripada kementeriannya.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 26 hingga 28 Januari ini di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching.

Antara barisan penyanyi popular yang akan menghiburkan pengunjung pada acara kemuncak Konsert Jom Heboh termasuk TujuLoca, Kaka Azraf, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan