Search
Close this search box.
Sekitar sesi dialog bersama Premier Sarawak sempena Forum Kepimpinan 2024 di The Ritz-Carlton, Langkawi hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Proses ambil alih MASWings selesai sekitar Julai atau Ogos ini

ByOdleen Catherny

LANGKAWI, 28 Jan: Proses kerajaan Sarawak mengambil alih MASWings Sdn Bhd dijangka selesai sekitar Julai atau Ogos tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mempercepatkan proses pengambilalihan sesuai dengan kehendak Sarawak.

Proses ambil alih MASWings dijangka selesai Ogos.

“MASWings perlu bersifat serantau, tidak bolehlah setakat Long Semadoh ke Kuching sahaja. Bukan boleh buat duit. Oleh itu, kita mahukan ia bergerak secara serantau, penerbangan 6 hingga 7 jam. Saya berharap dan jangkakan pengambilalihan sekitar Julai atau Ogos ini,” katanya dalam sesi dialog sempena Forum Kepimpinan 2024  di sini hari ini.

Katanya lagi, pihak kerajaan negeri telah melakukan usaha yang wajar agar tidak menanggung beban selepas pengambilalihan syarikat tersebut.

“Jadi kita dah ada Memorandum Persefahaman (MoU). Pada masa ini ia hanya perbincangan. Kita tidak mahu juga mengambil alih sekiranya ia (MASWings) banyak hutang.

“Apa nilai aset MASWings, kita perlu tahu. Sudah dapatkan aset yang relevan dengan Sarawak, kita ambil,” jelasnya.

Pada 27 Oktober tahun lepas, media melaporkan Kementerian Pengangkutan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) menandatangani MoU untuk menguruskan perkhidmatan udara luar bandar dengan memperoleh saham dalam MASwings. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan