Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Forum Kepimpinan 2024 di The Ritz-Carlton, Langkawi hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Projek empangan melata akan bermula di Kapit – Abang Johari

ByOdleen Catherny

LANGKAWI, 28 Jan: Kerajaan Sarawak memaklumkan projek empangan melata yang pertama akan dimulakan di Sungai Gaat, Kapit, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata, pihaknya menerima bantahan masyarakat di kawasan Baram yang sebelum ini meragukan usaha pelaksanaan projek itu di kawasan mereka.

“Polisi Kerajaan Sarawak, kita tidak akan pernah memaksa. Kalau anda tidak mahu, kami terima dan mengucapkan terima kasih. Kita pergi ke tempat orang yang mahu.

Projek empangan melata akan bermula di Kapit.

“Hari ini saya mendapat surat daripada Sungai Gaat, Kapit. Jadi saya mulakan dengan Kapit,” katanya ketika berucap pada Forum Kepimpinan 2024, di Langkawi hari ini.

Abang Johari menjelaskan pembinaan empangan melata tidak sama sekali mengganggu tanah masyarakat dan hanya menggunakan sungai sahaja untuk membangunkan teknologi baharu itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan